Politik Hilmi Yahaya

Beliau terlibat dalam politik UMNO bermula pada tahun 1977 dan menjadi Jawatankuasa UMNO Bahagian Balik Pulau. Tahun 1990, kepimpinan PAS menjemput beliau bertanding atas tiket PAS tetapi ditolak.[1] Beliau menjadi Adun Teluk Bahang selama 3 penggal dan beralih ke parlimen Balik Pulau pada 2004. Beliau dipilih sebagai Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada 2000. [2]

Beliau dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Pulau Pinang selama dua penggal . Antaranya sebagai Jawatankuasa Agama Negeri Pulau Pinang, Jawatankuasa Hal Ehwal Tanah, Perancangan dan Penyelarasan Program Pembangunan Negeri Pulau Pinang serta pelbagai portfolio lain.

Pada Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau memenagi kerusi Dewan Undangan Negeri Teluk Bahang di Pulau Pinang.